Tuesday, June 22, 2010

KEM ICT, APRIL 2010

Pada 13hb April 2010, Sk. Kpg. Teh Mukah telah mengadakan KEM ICT buat julung kali nya dan kem tersebut telah dianjurkan bersama Pihak SKMM cawangan Sarawak. Kem ICT telah berlansung selama 4 hari iaitu bermula pada 13hb April sehingga 16hb April 2010. Kem tersebut telah dibahagikan untuk 3 kategori penyertaan. Kategori pertama dibuka untuk para Komuniti Setempat terutama sekali Ahli PIBG sekolah telah diberi keutamaan untuk menyertai. Kategori kedua pula ialah untuk Warga Kakitangan sekolah; Guru-guru dan juga Staff Sokongan. Manakala Kategori ketiga disertai oleh para pelajar Tahap 2 (Tahun 4, 5 & 6).

Sunday, March 28, 2010

LOGO SK KPG. TEH, MUKAH


LOGO SEKOLAH SK. KPG TEH, MUKAH

Wednesday, March 10, 2010

Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Kampung Teh, Mukah


Jawatankuasa Tertinggi S.K Kampung Teh, Mukah




Guru-guru lelaki SK Kpg Teh, Mukah


Guru-guru perempuan SK. Kpg Teh, Mukah


Kakitangan perempuan SK. Kpg Teh, Mukah


Kakitangan lelaki SK. Kpg Teh, Mukah


Pada tahun 2010, SK. Kpg Teh, Mukah menempatkan seramai 29 orang Guru dan Kakitangan sekolah dan seorang Fasilitator SchoolNet.

Sejarah Pembukaan Sekolah Kebangsaan Kampung Teh, Mukah Sarawak.

Pada bulan Oktober 1949, Masyarakat Kampung Teh mula mendirikan sebuah institusi pendidikan bertapak di atas sebidang tanah Lot perkampungan. Bagunan pertama tersebut didirikan dengan secara bergotong-royong oleh masyarakat tempatan dengan materialnya dibiayai oleh masyarakat tempatan yang terdiri daripada Kampung Teh, Kampung Sesok, Kampung Baru, Kampung Tabo, Kampung Labak serta Kampung Sau dan Siteng.

Pada akhir bulan Febuari 1951, bangunan pertama institusi pendidikan telah siap dibina. Namun begitu bangunan tersebut hanya dilengkapi dengan perabot yang ala kadar sahaja seperti ; bangku panjang yang berpaut pada meja yang boleh menempatkan seramai enam orang pelajar duduk.

Institusi pendidikan pertama di Kampung Teh ini mula berfungsi dan digunakan pada bulan Mac 1952, dan menempatkan hanya seorang guru dan 70 orang pelajar. Pada permulaannya sekolah ini disebut sebagai institusi pendidikan ialah kerana pendaftaran sebagai pelajar di sekolah ini tidak mengira sekatan umur. Sesiapa sahaja yang ingin bersekolah pada waktu itu akan didaftarkan sebagai pelajar di sekolah atau institusi pendidikan ini. Pada waktu itu bahasa penghantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris.

Kebanyakan pelajar pada waktu itu terdiri daripada golongan miskin, Pengangkutan utama yang digunakan untuk ke sekolah ialah sampan dan berjalan kaki. Kehadiran pelajar sangat tidak memuaskan lebih-lebih lagi apabila musim tengkujuh. Pernah dialami hanya 20 orang pelajar sahaja yang hadir ke sekolah daripada 192 orang pelajar yang mendaftar ketika musim tengkujuh.

Situasi ini telah membari kesedaran kepada pihak pengurusan sekolah. Pada awal tahun 1986, usaha menyusun semula strategi mengatasi ponteng sekolah telah diambil. Hasil perbincangan pihak sekolah dan ibu bapa, maka mereka bersetuju untuk menempatkan pelajar-pelajar terutama sekali yang tinggal jauh dari sekolah di asrama.

Dalam tahun yang sama (1986), asrama mula dibina dengan sambungan dapur dan dewan makan. Pada tahun 1987, asrama mula digunakan dengan penghuni seramai 150 orang pelajar. Maka lahirlah Sekolah Kebangsaan Kampung Teh,Mukah yang boleh menempatkan pelajar harian dan pelajar asrama.

Ringkasan Sejarah:
Oktober 1949 – Pembinaan bangunan secara gotong-royong
Febuari 1951 – Bangunan Siap dibina.
March 1952 – Sesi persekolahan pertama bermula (1 org guru + 70 org pelajar)
Januari 1986 – Asrama dibina
Januari 1987 – Pengambilan pelajar asrama
1 September 1996 – Blok Pentadbiran baru siap dibina ( Dirasmikan oleh YAB Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud)
1 Januari 2006 – Bangunan Prasekolah diguna
Disember 2008 – Makmal Komputer sekolah siap dibina
1 Julai 2009 – Pembinaan Asrama baru, Rumah Warden, Surau, Dapur dan Dewan Makan dimulakan. (Dijangka siap dalam tempoh 18 bulan)

Visi
Menjadikan SK. Kampung Teh Mukah Cemerlang Menjelang Tahun 2015

Misi
Bersama meningkatkan kecemerlangan pendidikan bagi melahirkan insan yang cemerlang melalui:
  • Pendidikan berkualiti berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Pengurusan kepimpinan yang berkesan
  • Akademik berasaskan P&P yang berkualiti dan berkesan bagi mencapai keputusan yang terbilang.
  • Sahsiah dalam pembangunan insane bagi mewujudkan individu yang mempunyai jati diri
  • Sukan dan Kokurikulum secara saintifik dan bersistematik

Ikrar sekolah
“Maka kami,warga S.K Kampung Teh, Mukah, berikrar akan sentiasa mendukung wawasan sekolah dalam memberi dan mencapai pendidikan berkualiti dan terbaik demi memperkembangkan potensi kami selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.”



Lagu Sekolah

Tajuk: Tekun Tekad Teguh

Ilmu sangat berguna
Penyuluh masa depan
Belajar dan berusaha
Kearah kejayaan

Tekun Tekad Teguh
Amalan yang mulia
Kuatkanlah semangat
Majulah terus mara

S.K Kampung Teh,
Budimu tak dilupa
Pendidik yang mulia
Kami tetap sanjungi